Tuesday, August 3, 2010

Relevankan angka-angka perakaunan...

Karya saya yang diterbitkan dalam Dewan Ekonomi, Ogos 2010.

RELEVANKAH ANGKA-ANGKA PERAKAUNAN DALAM PENILAIAN EKUITI SYARIKAT TERSENARAI
MOHD HALIM KADRI

Relevankan angka-angka perakaunan di mata pelabur-pelabur saham dalam menentukan nilai sesuatu saham? Inilah persoalan yang sentiasa berlegar di kepala akauntan dan penyelidik perakaunan. Akauntan adalah orang yang menyediakan penyata kewangan dan penyelidik perakaunan pula adalah orang yang sentiasa ingin tahu sebab dan musabab sesuatu isu dalam perakaunan itu begini dan begitu.

Wednesday, June 17, 2009

Refereed article pertama

Alhamdulillah, percubaan pertama untuk menulis artikel dalam refereed journal hampir berjaya. Sepucuk emel menerangkan tentang penerimaan artikel ini untuk diterbitkan dalam JOFRA telah diterima. Inilah tajuk dan abstrak artikel tersebut:
Value Relevance of Book Value and
Earnings: Evidence from Two
Different Financial Reporting
Regimes

Mohd Halim Kadri, Rozainun Abdul Aziz and Muhd Kamil Ibrahim
Faculty of Accountancy & Accounting Research Institute
Universiti Teknologi MARA, Johor
Email: mhalim@johor.uitm.edu.my
This study aimed at investigating the value relevance of book value and earnings and the relationship between earnings and operating cash flow of two different financial reporting regimes in Malaysia. A market and nonmarket valuation approaches were utilised for that purpose. The result of market valuation approach of pool sample shows that book values and earnings are value relevant. We also observed that the change in financial reporting regime affects significantly the value relevance of book value and but not earnings. While book value and earnings are value relevant during the MASB period, only book value is value relevance during the FRS period. The result of non-market valuation approach on the other hand, shows that the change in financial reporting regime has no significant effect on the relationship between earnings and operating cash flow. The result of market valuation approach implicates that the introduction of new or improved standards under FRS regime strengthen the position of book value thus leaving earnings behind in equity valuation. The result of non-market valuation model implicates that the level of relationship between earnings and operating cash flow persists as long as operating cash flow comprise of cash and cash equivalent components whereas earnings comprise of cash and accruals components. The study contributes to the existing literature in the area of the effect of adoption of FRS on value relevance of accounting numbers in Malaysia.

Keywords: Market value, book value, earnings, operating cash flow, Malaysian property sector.

Thursday, June 12, 2008

Buku Financial Reporting Made Simple

Buku ini baru di peringkat konsep. Buku ini mengajar pelajar, penyedia penyata kewangan serta juruaudit memahami pelaporan kewangan [financial reporting] secara mudah. Buku ini insyaAllah amat berguna bagi mereka untuk memahami, menyedia dan memeriksa penyata kewangan. Setiap item dalam penyata kewangan akan disertakan dengan nombor nota dan nombor FRS. Penjelasan nota dan FRS bagi setiap item akan dijelaskan dengan ringkas di mukasurat berikutnya.

Sunday, May 11, 2008

Buku Accounting for business combination

Accounting for business combination - inilah tajuk buku terbaru saya. Buku yang mengandungi 251 mukasurat berkisar tentang perakaunan penggabungan perniagaan. Ia dimulai dengan pengenalan kepada penggabungan perniagaan. Ia disusuli pula dengan kaedah perakaunan bagi [1] pertukaran bentuk perniagaan [2] penggabungan perniagaan [3] pengambilalihan [4] penguasaan melalui pembelian ekuiti syarikat lain dan [5] penyusunan semula modal syarikat.

Buku ini ditulis khas untuk pelajar-pelajar semester 5 Diploma Perakaunan UiTM dan juga untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi lain.

Diterbitkan oleh: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
Harga: RM41.50

Monday, February 25, 2008

Buku Asas Perakaunan Perniagaan

Asas perakaunan perniagaan - Itulah tajuk buku pertama saya yang diterbitkan oleh UPENA pada tahun 2006. Berikut adalah sedutan PRAKATA dalam buku ini:

Buku ini diterbitkan sebagai langkah untuk mendokumenkan sebahagian daripada artikel-artikel penulis yang telah disiarkan oleh majalah-majalah yang bertemakan perniagaan dan pengurusan dari tahun 2000 hingga 2005 dalam bentuk buku.

Tajuk-tajuk yang diutarakan dalam buku ini pada keseluruhannya menyentuh persoalan yang berkaitan dengan perakaunan dan perniagaan. Tajuk-tajuk tersebut disusun mengikut tahap kefahaman pembacanya.

Dalam bahagian 1 pembaca akan diperkenalkan dengan bentuk-bentuk perniagaan yang boleh ditubuhkan dan beroperasi di negara kita. Tajuk ini menyentuh pelbagai aspek termasuklah penubuhan, pengurusan, struktur modal, keuntungan, cukai dan lain-lain.

Bahagian 2 pula memberi penjelasan kepada pembaca tentang asas-asas perakaunan termasuklah aktiyiti-aktiyiti perakaunan, format penyata kewangan, melengkapkan rekod tak lengkap dan catatan tunggal.

Bahagian 3 membincangkan tentang kaedah menganalisa penyata kewangan perniagaan dan masalah yang dihadapi dalam menganalisa penyata kewangan.

Bahagian 4 menghuraikan tentang bagaimana sesebuah perniagaan itu boleh dikembangkan dengan cara menukar bentuk perniagaan ataupun penggabungan. Bab ini juga menghuraikan bagaimana perniagaan yang bermasalah diselamatkan dengan cara penyusunan semula modal.

Bahagian 5 memaparkan kepada pembaca tentang belanjawan, percukaian, pajakan dan penyata penyesuaian bank.

Harga: RM16.00

Buku Agama dan kehidupan

Agama dan kehidupan: tamadun, politik dan sosial - Inilah tajuk buku terbaru suntingan saya dan rakan-rakan. Buku ini mendokumenkan tulisan-tulisan beberapa tokoh ilmuan tempatan seperti Dr. Usman el-Muhammady, Prof. Dr. Yusof Osman dan Prof. Mohamad Abu Bakar. Ia juga memaparkan hasil penulisan penulis di peringkat Universiti iaitu Dr. Ahmad Zaki Abd Latiff, Ustaz Ahmad Nawawi Yaakob dan Puan Azura Abdul Jamil.Dipertontonkan di sini sedutan dari tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ini.

Harga: RM22.50