Thursday, June 12, 2008

Buku Financial Reporting Made Simple

Buku ini baru di peringkat konsep. Buku ini mengajar pelajar, penyedia penyata kewangan serta juruaudit memahami pelaporan kewangan [financial reporting] secara mudah. Buku ini insyaAllah amat berguna bagi mereka untuk memahami, menyedia dan memeriksa penyata kewangan. Setiap item dalam penyata kewangan akan disertakan dengan nombor nota dan nombor FRS. Penjelasan nota dan FRS bagi setiap item akan dijelaskan dengan ringkas di mukasurat berikutnya.

Sunday, May 11, 2008

Buku Accounting for business combination

Accounting for business combination - inilah tajuk buku terbaru saya. Buku yang mengandungi 251 mukasurat berkisar tentang perakaunan penggabungan perniagaan. Ia dimulai dengan pengenalan kepada penggabungan perniagaan. Ia disusuli pula dengan kaedah perakaunan bagi [1] pertukaran bentuk perniagaan [2] penggabungan perniagaan [3] pengambilalihan [4] penguasaan melalui pembelian ekuiti syarikat lain dan [5] penyusunan semula modal syarikat.

Buku ini ditulis khas untuk pelajar-pelajar semester 5 Diploma Perakaunan UiTM dan juga untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi lain.

Diterbitkan oleh: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
Harga: RM41.50

Monday, February 25, 2008

Buku Asas Perakaunan Perniagaan

Asas perakaunan perniagaan - Itulah tajuk buku pertama saya yang diterbitkan oleh UPENA pada tahun 2006. Berikut adalah sedutan PRAKATA dalam buku ini:

Buku ini diterbitkan sebagai langkah untuk mendokumenkan sebahagian daripada artikel-artikel penulis yang telah disiarkan oleh majalah-majalah yang bertemakan perniagaan dan pengurusan dari tahun 2000 hingga 2005 dalam bentuk buku.

Tajuk-tajuk yang diutarakan dalam buku ini pada keseluruhannya menyentuh persoalan yang berkaitan dengan perakaunan dan perniagaan. Tajuk-tajuk tersebut disusun mengikut tahap kefahaman pembacanya.

Dalam bahagian 1 pembaca akan diperkenalkan dengan bentuk-bentuk perniagaan yang boleh ditubuhkan dan beroperasi di negara kita. Tajuk ini menyentuh pelbagai aspek termasuklah penubuhan, pengurusan, struktur modal, keuntungan, cukai dan lain-lain.

Bahagian 2 pula memberi penjelasan kepada pembaca tentang asas-asas perakaunan termasuklah aktiyiti-aktiyiti perakaunan, format penyata kewangan, melengkapkan rekod tak lengkap dan catatan tunggal.

Bahagian 3 membincangkan tentang kaedah menganalisa penyata kewangan perniagaan dan masalah yang dihadapi dalam menganalisa penyata kewangan.

Bahagian 4 menghuraikan tentang bagaimana sesebuah perniagaan itu boleh dikembangkan dengan cara menukar bentuk perniagaan ataupun penggabungan. Bab ini juga menghuraikan bagaimana perniagaan yang bermasalah diselamatkan dengan cara penyusunan semula modal.

Bahagian 5 memaparkan kepada pembaca tentang belanjawan, percukaian, pajakan dan penyata penyesuaian bank.

Harga: RM16.00

Buku Agama dan kehidupan

Agama dan kehidupan: tamadun, politik dan sosial - Inilah tajuk buku terbaru suntingan saya dan rakan-rakan. Buku ini mendokumenkan tulisan-tulisan beberapa tokoh ilmuan tempatan seperti Dr. Usman el-Muhammady, Prof. Dr. Yusof Osman dan Prof. Mohamad Abu Bakar. Ia juga memaparkan hasil penulisan penulis di peringkat Universiti iaitu Dr. Ahmad Zaki Abd Latiff, Ustaz Ahmad Nawawi Yaakob dan Puan Azura Abdul Jamil.Dipertontonkan di sini sedutan dari tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ini.

Harga: RM22.50