Monday, February 25, 2008

Buku Asas Perakaunan Perniagaan

Asas perakaunan perniagaan - Itulah tajuk buku pertama saya yang diterbitkan oleh UPENA pada tahun 2006. Berikut adalah sedutan PRAKATA dalam buku ini:

Buku ini diterbitkan sebagai langkah untuk mendokumenkan sebahagian daripada artikel-artikel penulis yang telah disiarkan oleh majalah-majalah yang bertemakan perniagaan dan pengurusan dari tahun 2000 hingga 2005 dalam bentuk buku.

Tajuk-tajuk yang diutarakan dalam buku ini pada keseluruhannya menyentuh persoalan yang berkaitan dengan perakaunan dan perniagaan. Tajuk-tajuk tersebut disusun mengikut tahap kefahaman pembacanya.

Dalam bahagian 1 pembaca akan diperkenalkan dengan bentuk-bentuk perniagaan yang boleh ditubuhkan dan beroperasi di negara kita. Tajuk ini menyentuh pelbagai aspek termasuklah penubuhan, pengurusan, struktur modal, keuntungan, cukai dan lain-lain.

Bahagian 2 pula memberi penjelasan kepada pembaca tentang asas-asas perakaunan termasuklah aktiyiti-aktiyiti perakaunan, format penyata kewangan, melengkapkan rekod tak lengkap dan catatan tunggal.

Bahagian 3 membincangkan tentang kaedah menganalisa penyata kewangan perniagaan dan masalah yang dihadapi dalam menganalisa penyata kewangan.

Bahagian 4 menghuraikan tentang bagaimana sesebuah perniagaan itu boleh dikembangkan dengan cara menukar bentuk perniagaan ataupun penggabungan. Bab ini juga menghuraikan bagaimana perniagaan yang bermasalah diselamatkan dengan cara penyusunan semula modal.

Bahagian 5 memaparkan kepada pembaca tentang belanjawan, percukaian, pajakan dan penyata penyesuaian bank.

Harga: RM16.00

No comments: